Tuesday, October 6, 2009

Tune Card Alternatif Kepada Kredit Kad

Tune Kad Alternatif Kredit Kad

Tune Kad??? Apa benda tu?? Tentu ada antara kita masih tertanya – tanya apakah itu Tune Kad dan mungkin juga ada org sudah pun tahu maupun mencuba. Tune Kad ini membenarkan sesiapa saja unutk memohonnya. Malah untuk memohon,cuma masuk ke www.tunemoney.com

Hanya memerlukan beberapa klik sahaja dan siap.

Apa beza Tune Kad ini berbanding kredit kad dan debit kad lain yang ada di pasaran??? Sebenarnya Tune Kad ini boleh disifatkan sebagai debit kad kerana anda hanya boleh menggunakan kad ini apabila anda mempunyai wang di dalam akaun kad ini. Jadi, sekiranya di dalam akaun anda mempunya RM100 anda tidak boleh membeli sesuatu barang lebih dari harga tersebut. Kad ini boleh digunakan di mana sahaja tempat yang menerima bayaran kad kredit dan kad debit.

Kini,makin ramai orang menggunakan debit kad untuk urusan seharian. Ini kerana, anda tidak perlu berhutang untuk membeli barang. Anda hanya mampu membeli sesuatu barang berdasarkan berapa banyak wang yang ada di dalam akaun anda. Namun, perbezaan ketara antara kad debit lain dengan Kad Tune adalah kebanyakan kad debit tidak boleh membuat pembayaran online tetapi kad tune boleh. Malah anda boleh mengeluarkan duit di mana – masa mesin ATM dengan Tune kad bila mana anda mempunyai wang di dalam akaun Kad Tune tersebut.

Kos untuk membuat tune kad juga berpatutan. Yuran tahunan cuma RM9.99 sahaja. Untuk menambah nilai wang dalam kad anda, anda boleh lakukan di Pejabat Pos, Bank CIMB dan Maybank. Anda cuma perlu menunggu 14 hari bekerja untuk diproses atau mungkin lebih awal dari itu. Anda boleh baget pembelanjaan anda.

Kredit kad pula, bilamana anda melakukan teransaksi baik online atau tidak, bermakna anda bukan lah menggunakan wang yang ada dalam akaun anda tetapi menggunakan wang bank terlebih dahulu. Dan anda perlu membayarnya ke bank selepas itu. Sekiranya terlupa, anda pasti dikenakan penalty. Leceh kan. Tapi tak dapat dinafikan di dalam situasi tertentu, kad kredit sangat berharga apabila anda perlu membeli sesuatu dan anda tidak mempunyai wang yang cukup. Yang mana nanti anda perlu membuat pembayaran secara ansuran kepada bank. Apapun, janganlah bila guna kredi kad anda membeli tak ingat dunia sehingga boleh menyebabkan anda muflis. Ukur badan di baju sendiri. OKKKK..

No comments:

Post a Comment